CORETAN HARI KHAMIS
October 30, 2008
-
Minggu lepas, saya berada di Kuala Lumpur sempena cuti Deepavali. Alang-alang dah ada cuti, apa salahnye pulang ke pangkuan keluarga.
-
Pagi-pagi bila bangun, isteri saya menyediakan secawan kopi yang lazat. Oleh kerana kopi itu sungguh sedap, saya pun terus mencapai kamera lalu mengambil beberapa keping gambar sementara mentari masih lembut cahaya nye.
-
Memang idaman saya untuk mendapatkan flare dari mentari itu. Sekarang saya sudah tahu serba sedikit bagaimana nak mencapai hasrat itu.
-
Baru saya sedar yang pemandangan dari bilik saya sangat cantik. Tapi kena tengok waktu nye juga. Kalau tengah hari buta, memang tak sesuai langsung nak ambil gambar. Kalau waktu pagi, memang meletop. Subjek saya selalu nye Masjid Putrajaya la.
-
Alas meja rumah saya, isteri saya yang beli. Ia berunsur Chicanos (dulu saya suka baju kotak2 circa 1994). Cantik kalau dibuat background untuk cawan kopi yang panas itu. Kalau ada baju yang hampir sama macam itu design nye, nak beli la.
-
Walaupun tak ramai yang hantar diskusi di ruang komentar, tapi Encik Spam hari2 memenuhinye dengan komen2 yang tidak relevan dan berunsur tidak penting. Disebabkan itu, saya disable dulu ruang itu supaya saya dapat membersihkan nye dari Encik Spam. Memang sungguh menyusahkan la dia tu.
CORETAN HARI JUMAAT
October 24, 2008
- Hari ini hari terakhir saya berpuasa 6 untuk tahun ini. Semalam isteri saya menghidangkan lauk yang sedap2 untuk berbuka dan bersahur. Kesian isteri saya bertungkus lumus menyiapkan hidangan walaupun dia penat bekerja. Senang masuk syurga ni :p Hari ini saya rasa nak belanja dia makan sedap2.
- Saya sudah sangat lama tidak berjumpa rakan-rakan sekolej saya. Biasa nye kami akan minum2 di KLCC seminggu sekali sambil membincangkan masalah negara dan juga masa depan pasukan bola Manchester United. Tapi ada juga yang gemarkan Liverpool dan Arsenal. Tahun ini, saya sangat seronok melihat langkauan Liverpool yang nampak begitu kuat sekali di hadapan goalpost. Saya doakan Liverpool dan Chelsea seri minggu ini hehehe.
- Saya suka makan coklat. Semasa saya kecil ayah saya selalu travel ke Switzerland. Urusan kedoktoran dan perubatan ketika itu. Setiap kali dia pulang, dia pasti membeli coklat yang pelik2 tapi sedap dari sana. Maka saya pun menikmati lah setiap titisan manis yang diserlahkan. Antara jenama yang sedap ialah Toblerone. Sebab itu semalam saya beli satu. Saya teringat kepada ayah saya, dia memang bukan sahaja provider Toblerone, tapi pejuang yang gigih.
- Khairil Hatta
- +6019-2-888-2-74
- benhatta@gmail.com
BEGIN WITH END IN MIND
October 17, 2008
-
Intro: Saya pernah mengepost entry ini sebelum ini, tetapi oleh kerana service provider saya mengalami hiccup, ia telah hilang dari database. Saya cuba mengepost sekali lagi. Harap-harap semua nye aman dan damai.
-
Bagi saya, satu complete cycle untuk gambar yang saya ambil adalah seperti berikut: plan-shoot-view-print. Maknanye, kesudahan terakhir bagi gambar-gambar yang saya sukai adalah dalam bentuk printout. Tak kisahlah apa saiz pun, tapi selalu nye saya print saiz 4R sebab murah dan senang.
-
Melihat gambar yang di print adalah lebih bermakna bagi saya jika dibandingkan dengan melihat di screen komputer. Tambah-tambah pula melihat gambar orang yang tersayang, lagi lah seronok. Itulah perbezaan gambar di alam maya dan di alam nyata. Menusuk kalbu dibuat nye.
-
Gambar yang terakhir tu datang dari lens 50mm f/1.8D. Dah lama saya tak pakai lens ni sebab rasa macam sempit kalau pakai dengan sensor lama. Tapi semenjak pakai sensor baru ni, seronok pulak pakai lens ni. Takde la ia berhabuk seperti dulu.
-
Selamat menikmati hasil2 yang keluar directly dari sensor baru saya. Inilah saya punye END IN MIND iaitu final print out. Masa tgk printout ni, dah lupa dah pasal composition ataupun teknikal properti gambar itu. Memang tak payah masuk photoshop untuk editing lagi dah. Shoot, pilih dalam kamera and hantar terus ke kedai gambar. Sedar-sedar dah siap hehehe.
by
Khairil Hatta
+6019-2-888-2-74
benhatta@gmail.com

A collection of images captured on a weekly basis in order to run away from the structured behaviour of the engineering world.
Trying my best to get in touch with my other side of the brain, exhibiting nature and culture in a different perspective. 












