The Photog

# A collection of images captured on a weekly basis in order to run away from the structured behaviour of the engineering world. Trying my best to get in touch with my other side of the brain, exhibiting nature and culture in a different perspective.
more →

CORETAN HARI KHAMIS
October 30, 2008

  • Minggu lepas, saya berada di Kuala Lumpur sempena cuti Deepavali. Alang-alang dah ada cuti, apa salahnye pulang ke pangkuan keluarga.

  • Pagi-pagi bila bangun, isteri saya menyediakan secawan kopi yang lazat. Oleh kerana kopi itu sungguh sedap, saya pun terus mencapai kamera lalu mengambil beberapa keping gambar sementara mentari masih lembut cahaya nye.

  • Memang idaman saya untuk mendapatkan flare dari mentari itu. Sekarang saya sudah tahu serba sedikit bagaimana nak mencapai hasrat itu.

  • Baru saya sedar yang pemandangan dari bilik saya sangat cantik. Tapi kena tengok waktu nye juga. Kalau tengah hari buta, memang tak sesuai langsung nak ambil gambar. Kalau waktu pagi, memang meletop. Subjek saya selalu nye Masjid Putrajaya la.

  • Alas meja rumah saya, isteri saya yang beli. Ia berunsur Chicanos (dulu saya suka baju kotak2 circa 1994). Cantik kalau dibuat background untuk cawan kopi yang panas itu. Kalau ada baju yang hampir sama macam itu design nye, nak beli la.

  • Walaupun tak ramai yang hantar diskusi di ruang komentar, tapi Encik Spam hari2 memenuhinye dengan komen2 yang tidak relevan dan berunsur tidak penting. Disebabkan itu, saya disable dulu ruang itu supaya saya dapat membersihkan nye dari Encik Spam. Memang sungguh menyusahkan la dia tu.

a-blogoct-01.jpg

a-blogoct-02.jpg

a-blogoct-04.jpg

a-blogoct-03.jpg

a-blogoct-05.jpg

 

Comments

Comments are closed.

Copyright 2008. All Rights Reserved. Wordpress Theme by Hairudy.net. Best view on 1024 x 768 with Mozilla Firefox.